salam,,,
31 ogos..ada apa dengan tarikh nie?haha..sape taktau sila tempah tiket kapal terbang ke,naik bot pergi negara seberang,,tak kisah mane tapi keluar dari malaysia sekarang,,tarikh negara sendri merdeka pun tak tau!huh!aku bukan nak emo sangat..awal2 entry da emo apehal kan?takde keje kot..hehehe..
tahun ni kita merdeka dah 53 tahun,maksudnya 53 tahun la rakyat malaysia ni bebas dari semua penjajah,,,bla,,bla,,bla,,eleh,,apesal aku nak buat ayat mcam teks ucapan perdana menteri ni?bosanla kan...itu semua orang tau,,belajar sejarah kan time remaja-remuji dulu kan...hak3..
nak cakap pasal mentaliti masyarakat yang tak berubah dan masih dijajah pun mesti korang dah baca kat tempat lain kan?jadik,,semua orang da tulis,,aku tulis pasal pengalaman aku meraikan hari kemerdekaan dari kecik sampai besar jela,,umo dah 23,pnjang la entry ni kalau nk tulis satu2...aku compilekan jela ...
dulu masa aku kecik,mak ayah aku selalu bawak pergi tengok sambutan merdeka kat pekan..best sebab ade gajah,ade bulldozer.kereta bomba,kereta polis,kuda,,alaa..budak2 time tu,,mesti la best tengok semua2 tu...punyela seronok kalau sampai tarikh 31 ogos..lagipun encik abah keje dengan jabatan penerangan,ada kaitan dengan rtm sume,,selalu dapat bendera free,..dan selalunya abah akula yang akan agihkan bendera kat orang2 kampung,,,dapatla bendera free masing2,,sampai sekarang kalau time merdeka je,,mesti orang akan cakap,"eh,bendera free ada?"haha,,orang ni tak kira apa bangsanya satu je sikapnya,,semua nak free..baju free pun ada jugak,,aku kompem2 la dpt berhelai2 kan..sampai ada baju 1 malaysia tu aku blh agihkn dekat kwn2 aku,,haha,,puyela banyak dan pemurah kerajaan malaysia ni,,bazirkan duit rakyat buat baju,,ceh!nasib baik aku belum bayar cukai lagi..hehe..
lepas tu dah besar sikit,aku dah tak tengok bende tu semua.lagipun,dorg pun dah tak buat perarakan yang ekstrem camtu dah..yang ada cuma budak2 sekolah kawad,,campur makcik-pakcik jalan lambai2 depan raja..tu jela..sekarang,bulan puasa,jadi taktaula dorg nak buat ape..aku rasa kalau solat hajat,doa banyak2 supaya negara kita kekal aman lagi baik,,buat solat hajat mega ke...bagus la sikit..sebab sekarang ni,dalam paper asyik keluar macam-macam pasal pijak bendera la,bakar la..dahla cetuskan isu panas antara negara kita dengan negara jiran,,tak elokla camni,,kita serumpun,mesti bersatu,,kena tolong satu sama lain,,kalau takde salah satu,mcm mana nak hidup.dalam sains orang cakap mutualisme,,,haa..ada paham??
semoga negara kita terus aman-damai..selamat menyambut hari kemerdekaan ke-53 malaysia!
hujan batu di negara sendiri,hujan emas dinegara orang,,lebih baik hujan batu dinegara sendiri,,
Malaysia oh tanah airku, Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta, Yang kupuja sepanjang masa
Sawahmu terbentang meluas, Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang, Tak jemu mataku memandang
Sungguh indah di Malaysia, Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga, Terkenal di seluruh dunia
Malaysia negeriku Malaysia, Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka, Malaysia oh tanah airku
Negeri elok amat kucinta, Yang kupuja sepanjang masa
Sawahmu terbentang meluas, Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang, Tak jemu mataku memandang
Sungguh indah di Malaysia, Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga, Terkenal di seluruh dunia
Malaysia negeriku Malaysia, Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka, Malaysia oh tanah airku
5 comments:
Salam merdeka!
yup..salam merdeka jugak!
huis!!semangat nya jiwa merdeka awk ya............kekal kan hingga akhir hayat..u are the best
cik anis..salam knal..best2 entry..he2..
bgus ada smngat merdeka,jiwa merdeka,minda merdeka..kan?
li_jb:mestila..kalau kita xsyg negara kita,sape lg kan??tq..
anayana:yup..salam kenal jugak..mesti kne ade semangat..^^
Post a Comment