Saturday, July 31, 2010

boring..boring..

salam...


berapa lama aku tak tulis??ntah,,tak ingat..haha.malas nak pikir aih!nak mengira pulak lagi malas...
apa aku nak tulis?aku selalunya akan tulis bila ada topik tapi kali ni topik takde tapi tangan ni gatal pulak nak menaip,,huhu,,hmm,,tadi aku baca surat khabar,,tapi aku bukan jenis yang suka ulas balik kat dalam blog,,ala,,berita da lepas,,aku ulang balik watpe,,baik korang baca surat khabar tu balik,,haha,,pemalas punya anis..lagipun,aku malas la nak cita pasal hal ehwal malaysia ni,,tak habis2 pasal politik,,boring..tadi hot news front page pasal Tun Dr Ling Liong Sik kena dakwa pasal zon bebas pelabuhan klang tu,,yang pernah jadi isu 4,5 bulan lepas rasanya,,aku tengok berita pun kejap-kejap je,,sebab sini kt kolej takde tv,,tak pasal2 jadi katak puru dalam tupperware..(tukar la sikit,asyik2 bawah tempurung jer,,skang kan zaman millenium,,hahahaha!kalau dewan bahasa pustaka tau aku modify peribahasa nie,,memangla nak kena..oopss!sorii!).Dahla,taknak citer pasal tu,,tadi macam biasa,,hari-hari normal aku pergi lab,,tp tadi ada orang yang errmmm,,camne nak cakap eh..cik mimi cakap menggelabah,,hehe...time kami nak balik dah,,kebengangan melanda..malas nak melayan,,aku taknak citer,,citer pasal die xbest!tambah pulak ada orang tu call aku,,hmm,,tanya pasal lagu st12,,kahkahkah,,carila sampai jumpa tajuk apa...xnak gtau...

hari ni aku letih sangat,,tapi kat lab tak buat apa pun..letih makan kot,,malam ni aku masak sardin dengan telur dadar,,sebab lapar,,baru ingat nk diet..apa ni anis??bila nak kurus camni?haih..

haaa,,,aku baru teringat,,tadi dekat lab,,sebabkan lapar,cik mimi ajak pergi kedai kecik..time nak pergi,nampak pak gad,,aku terus lari sebab tak bawak kad matrik,,amik jalan jauh,,gila!kalau kena denda,,dpt surat cinta a.k.a surat S-A-M-A-N...kena rm10..mana nak cekau duit..takmau aku!sampai kedai kecik,ada orang baru keja situ kot,,dulu self-service tapi skang dah tak camtu,,susah jer,,kena die yang amikkan,,,dah tu muka macam....macam ape ah?macam...macam2 la senang!dahla aku cakap lain die dengar lain..service xbagus,,xbest,,cik mimi pun kena bnde yang sama,,haha,,

nak cita la kan...aku memang paling dan amatla tak suka malah benci kalau aku pegi satu2 kedai ni,penjual dia tak senyum,,maksd aku tak mesra pelanggan,,,pastu buat muka masam,,muncung sepat,puyu,ikan buntal semua keluar,,,ai,ko nak jual barang kat org,org tu nak bagi duit kat ko,xleh ke ko senyum sket?bukan susah pun,,ni muka macam ape..nak sound tapi aku tak berapa ada keberanian dan semangat proton waja..err,abaikan perkataan proton,,aku buat lawak..ehehe..jadi,aku cakap dalam hati jela selalunya,,apa org cakap,,selemah-lemah iman??pandai la kau anis..tapi memang tak suka la..titik!

aaaa,,malam ni final imam muda dekat astro..nak tengok,,antara asyraf dan hizbur,,tak tau la,macam suka asyraf sebab aritu tengok die bagi tazkirah macam ok,hizbur pun bagus bagi khutbah jumaat,,suara kuat,,sedap,,maklumla cikgu tahfiz,,baguih la..dua2 org utara,,cayalah!tapi bagi aku,semua peserta adalah bakal2 imam muda cuma pengisian yang masing2 dapat kurang dengan banyak ja,,tapi semua dah boleh praktikkan dengan baik,,,semoga dorg sume berjaya,,,

malam ni aku banyak mengeluh jer,,
entah,,sekarang banyak benda dalam kepala otak yang satu ni,,asyik terpikir satu ayat al-quran ni,,Surah Al-Taubah,ayat 111...

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin,diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka,"..

aku akhiri coretan malam ni dengan secebis ayat tu,,kalau kita tabah hadapi apa saja ujian yang melanda,,itula yang kita dapat,,ALLAH da janji kan??insyaALLAH..jadi,jangan sedih kalau kita diuji,sebab itu tanda ALLAH sayang kita,sedihla kalau ALLAH abaikan kita..macam mana nak dapat syurga yang dijanjikan,,,



No comments: