Friday, September 3, 2010

BALIK KAMPUNG...HOORAYYY!!

salam,,

mood hari ni seronok+sedih...seronok sebab nak balik ke tanah besar dah...sedih sebab aku je yang belum balik,,isk3..member2 dah berlepas ke tanah tumpah darah masing2..tinggal la aku sorang2..nasib baik malam ni je bas aku tu..hehehe..dahla lepas 1st batch bas budak2 kelate semalam berlepas,terus u aku ni kosong macam takde pape dah,,yang ada apek ngan amoi je,,kalau melayu dah tak berapa nak nampak,,kosong!

sonok oo nak balik rumah..kali nie aku cuti 2 minggu..supervisor dah pesan awal2 naik cuti die nak planning untuk sebulan..adehh..tension plus die suruh start thesis writing..xberapa raya la aku taun ni,,tapi pikir2 balik..arghh,,aku cuti 2 minggu,,nanti pandai2 akula curik masa,,hehe,,janji siap..weee~~

dan balik cuti ni kena selesaikan satu masalah yang aku sendiri create..tengah mencari jawapannya..nak kena berbicara dengan hati kali ni,encik livita,mintak2 saya dapat buat keputusan ye,,huhu,,runsing lagi ni..haish..

okeh2,,sape nak baca kisah hati di sini,,dah tersasar dari matlamat asal ni,sebenarnya aku nak cakap time kat kampung mungkin tak dapat nak drop komen kat post2 korang sebab tenet berukband amatla slow mengalahkan siput bebeh kt umah...jadi,aku memang tak selalu on9 la...post baru pun mungkin takde,,tapi ade satu dua aku da wat autopost,,hehe..nak jugak post walaupun tak dapat tenet..makin addicted dengan blog la pulak!!

lepastu, di sini aku nakla menyusun sepuluh jari tangan kalau tak cukup kaki sekali aku susun,,mintak maaf la mana yang kurang,mana yang lebih kalau bab komen tu..selamat hari raya buat member2 blog,member2 lab animal tissue culture (ATC),supervisorku,skandal2..ade ke?hahaha..encik li_jb,encik livita n encik cendawan...family tersayang...jangan makan banyak sangat nanti dapat penyakit,,ade det raya lebih bolehla share sini sekupang dua eh,,hehehe...balik dulu,bas mlm ni pukul 8:45pm,12 jam atas bas,sampai 9:oo am esoknya..dah akhir2 ramadhan ni,dalam mood nak raya,jangan lupa mencari malam lailatulqadar ye,,semoga para pencarinya menemuinya...jom!

balik dulu ye kawan-kawan...^^


Monday, August 30, 2010

merdeka!merdeka!merdeka!


salam,,,


31 ogos..ada apa dengan tarikh nie?haha..sape taktau sila tempah tiket kapal terbang ke,naik bot pergi negara seberang,,tak kisah mane tapi keluar dari malaysia sekarang,,tarikh negara sendri merdeka pun tak tau!huh!aku bukan nak emo sangat..awal2 entry da emo apehal kan?takde keje kot..hehehe..

tahun ni kita merdeka dah 53 tahun,maksudnya 53 tahun la rakyat malaysia ni bebas dari semua penjajah,,,bla,,bla,,bla,,eleh,,apesal aku nak buat ayat mcam teks ucapan perdana menteri ni?bosanla kan...itu semua orang tau,,belajar sejarah kan time remaja-remuji dulu kan...hak3..

nak cakap pasal mentaliti masyarakat yang tak berubah dan masih dijajah pun mesti korang dah baca kat tempat lain kan?jadik,,semua orang da tulis,,aku tulis pasal pengalaman aku meraikan hari kemerdekaan dari kecik sampai besar jela,,umo dah 23,pnjang la entry ni kalau nk tulis satu2...aku compilekan jela ...

dulu masa aku kecik,mak ayah aku selalu bawak pergi tengok sambutan merdeka kat pekan..best sebab ade gajah,ade bulldozer.kereta bomba,kereta polis,kuda,,alaa..budak2 time tu,,mesti la best tengok semua2 tu...punyela seronok kalau sampai tarikh 31 ogos..lagipun encik abah keje dengan jabatan penerangan,ada kaitan dengan rtm sume,,selalu dapat bendera free,..dan selalunya abah akula yang akan agihkan bendera kat orang2 kampung,,,dapatla bendera free masing2,,sampai sekarang kalau time merdeka je,,mesti orang akan cakap,"eh,bendera free ada?"haha,,orang ni tak kira apa bangsanya satu je sikapnya,,semua nak free..baju free pun ada jugak,,aku kompem2 la dpt berhelai2 kan..sampai ada baju 1 malaysia tu aku blh agihkn dekat kwn2 aku,,haha,,puyela banyak dan pemurah kerajaan malaysia ni,,bazirkan duit rakyat buat baju,,ceh!nasib baik aku belum bayar cukai lagi..hehe..

lepas tu dah besar sikit,aku dah tak tengok bende tu semua.lagipun,dorg pun dah tak buat perarakan yang ekstrem camtu dah..yang ada cuma budak2 sekolah kawad,,campur makcik-pakcik jalan lambai2 depan raja..tu jela..sekarang,bulan puasa,jadi taktaula dorg nak buat ape..aku rasa kalau solat hajat,doa banyak2 supaya negara kita kekal aman lagi baik,,buat solat hajat mega ke...bagus la sikit..sebab sekarang ni,dalam paper asyik keluar macam-macam pasal pijak bendera la,bakar la..dahla cetuskan isu panas antara negara kita dengan negara jiran,,tak elokla camni,,kita serumpun,mesti bersatu,,kena tolong satu sama lain,,kalau takde salah satu,mcm mana nak hidup.dalam sains orang cakap mutualisme,,,haa..ada paham??


semoga negara kita terus aman-damai..selamat menyambut hari kemerdekaan ke-53 malaysia!

hujan batu di negara sendiri,hujan emas dinegara orang,,lebih baik hujan batu dinegara sendiri,,

Malaysia oh tanah airku, Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta, Yang kupuja sepanjang masa

Sawahmu terbentang meluas, Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang, Tak jemu mataku memandang

Sungguh indah di Malaysia, Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga, Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeriku Malaysia, Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka, Malaysia oh tanah airku

Saturday, August 28, 2010

template baru

salam,,


hmm,,aku dah tukar template lain,,pakai blogger punya je,,malas la survey2 dekat btemplate tp takde yang best..yang kena dengan jiwa aku,,cm pelik pulak lama2 tgk katun2 kat header tu,,maybe kalau boring,aku tukar lagi,,hoho..aku cepat boring,,


yang baru ni walaupun biasa2 ja,,aku suka,,sebab simple..kiranya mcm KISS la,,keep it simple and sweet,,hehehe,,,boleh pulak..

2,3 hari ni selalu tido lewat..letih nya laa,,nak berblog pun terasa malas je,,nantila aku tulis entry baru,,mood tak datang lagi..

papepun,keep on fasting!jangan lupa sahur...


H.I.A.T.U.S