Saturday, December 31, 2011

adaptasi ke layar

lama kot xpost pape kt sini..sibuk menjaga anak-anak kt taska..

tadi aku baru je habis tgk Ombak Rindu the muvie..mood sedih dah ada,tpi tak dpt nak nangis..entah kenape,padahal masa bace novel die aku sedih lah jugak..mungkin ada yang tak cukup lagi dalam movie tu..walau bagaimanapun, disebabkan kutipan Ombak Rindu dah mencecah juta-juta kata orang, mungkin Osman Ali boleh buat sekuel die, Cinta..Tiada Akhirnya,,,itu memang sekuel yang best aku penah baca,,tahniah Fauziah Ashari..dalam sekuel lagi banyak konflik..lagi menarik..

Dan baru-baru ni,aku tertengok iklan kat Astro,amboi-amboi...novel feveret Bicara Hati pun dah dibuat drama..itu feveret sekolah menegah aku tu.first time baca, aku pinjam member punya..lepastu simpan duit, beli untuk koleksi sendiri..memang terjaga rapi novel tu kat umah..harta intelek ku..hahaha..rasanya dah 4,5 kali ulang baca..ehmm,,,tapi bila tgk pelakon,kenapa Tengku Syahran tu wataknya dapat kat Sharnaaz..huhu..aku membayangkan orang lain..Zahlia tu..okla,,sebab muka die ala-ala perempuan dalam cover first novel tu dulu..sekarang covernya perempuan pakai tudung,lepasni muka Kris Cempaka la pulak ye..;) agaknya,adakah Bicara Hati the Drama dapat mengupas seluruh konflik Tengku Syahran dan Zahlia...kisah kahwin kontrakdan perbezaan darjat...tengok dulu camne.

Novel ni banyak yang best-best,kalau nak adaptasi semua,kesian penulis skrip..takde job dah..yela,asyik nak adaptasi je..tapikan,antara yang aku nak tengok kalau diadaptasi adalah Jalinan Hati karya Aisya Sofea, bercucuran jugakla air mata baca novel tu dulu,lagi satu siri novel Romeo vs Juliet karya Nass Alina Noah,ada  5 set semuanya...memang best sangat..aku suka Jaywai...haha..kalau adaptasi,memang berbulan la nak habiskan citer tu..

jadi,sama-sama la nantikan Bicara Hati pulak,dan dengar cerita Adam Hawa pun nak diadaptasi jugak..teka sape jadi Adam?haaa...macam Aaron Aziz..hehehe...

tata!

2 comments:

mar yanie said...

adam hawa baru je baca..best gak...:)
arap2 karya siti rosmizah tu pun org nk wat drama jugak..hehe

Anonymous said...

yang tu,akk xbaca g..dh lama bersara la yanie..ingt nk start balik,tp belum tau bilaa..-Cik Anis